Dari Meja Founder Enak Rasa
Assalamualaikum, selamat datang. Saya Salmi Hasim, founder syarikat Katering Enak Rasa. Syarikat kami telah bermula semenjak 2006 lagi dan kini setelah lebih satu dekad, kami telah diberi kepercayaan oleh ratusan pelanggan dan juga selebriti untuk mencipta majlis impian mereka. Untuk kekal lama dan sentiasa relevan dalam industri ini, prinsip kami adalah untuk sentiasa over deliver kepada pelanggan. Jika anda mencari syarikat pakej perkahwinan yang boleh dipercayai, tak tipu duit pelanggan, servis bermutu & tepati janji, cukuplah testimoni dari pelanggan-pelanggan kami sebelum ini yang berpuas hati dengan servis kami untuk meyakinkan anda.